Thursday, April 29, 2010

Vain

Ok, di saat diri kesibukan yang amat sangat lah idea datang mencurah-curah untuk merapu menulis. So sebab tak nak menzalimi diri sendiri, kenalah tulis nanti diri sendiri merajuk dengan diri sendiri. eh ade ke macam tu?

Lately, taktau kenape rs sangat vain. ahaaa. tau nk mengaku. kalau nak pegi clinic/kelas tu mesti nak pakai cantik2 aje. tak nak pakai t-shirt, nak pakai baju formal, kalau boleh kain baju tu mesti satin. kasut kalau boleh ade heels sikit, takpun open toe ke. kalau yg flat kasut mesti kaler cantik. *oh bajet macam banyak kasut*. seluar slack jelah kan, kata clinic, tapi kalau takder clinic nk pakai skinny jeans/ pants je. * masalahnye, skinny ke*. gedik betul

Pastu, before keluar tu suke tangkap gambar diri sendiri kat cermin. dalam toilet pulak tu. ish ish tak malu betul. taktau lah kenape. mungkin jugak sebab dah kerap sangat baca belog dia nih. haha salahkan orang pulak. owh tapi dia cantik kan. ok ok muka dia not bad lah tapi dia punye body and rambut fuyoh. so overall mantap. sape dia ni? mari kita kaji. dia ni finalist Malaysian Dream Girl, haaa jangan taktau. tak silap dia dapat no 3. tinggi dia 168, so dia 2 cm lagi tinggi dari saye. tapi dia cam nampak sangat tinggi kan, sebab dia slim okeh! i slim jugak tapi tak seslim dia. baiiikk. haha nak jugak! tak tapi serius jeles sebab body dia cantik. eheh. pastu rambut dia sangat suka. suke sebab rambut kite sama tapi awak punya lagi sangat panjang. eh eh mn boleh cakap. eh tak boleh ke. takde lelaki baca takpe. ok whateva. owh dia sangat muda, sama dengan abe a.k.a farhan, adik lelaki sy yang sangat hensem. haha promote adik sendiri. tapi serius adik saya hensem. semua orang cakap mcm tu. dan dia baik, rajin, sangat menghormati orang tua. eh eh eh. sape nk berkenalan tinggalkan no di bahagian komen. hahaa. tapi dia tu tak payah promote pun takpe, ade jek gadis2 yang nak berkenalan, dia je tak nak sebab either pemalu / jual mahal. macam kakak dia. hahaa tak habis- habis perasan.

Alrite ni adelah gambar-gambar perasan yang diambil di dalam toilet pangasapuri tingkat bawah unit 13. hahaa. okeh warning boleh induce vomiting sebab sangat vain.


Cehh. letak banyak2 terus, letak satu je cukup lah! adoii *tetibe cam malu plk. hiks. nk delete balik ke tak nak nak tak nak nak tak nak nak tak nak, lantalklaaa*

Oh btw sekarang dah pakai tudung macam ni, pakai tudung bawal just untuk pegi bersukan sahaja seperti bermain bola jaring, tenis, dan jogging. Ekceli, nak pakai selendang dgn anak tudung yg budak-budak skrg pakai tu, ape ntah nama dia. Tapi kat Adelaide ni mana ada jual and kalau umi nak pos dari malaysia harga pos sahaja rm 30 untuk 300 gram, hambik kau! triple harga anak tudung, so kensel lah mami, i know you love your baby yg comel neh tapi no worries ok, i'll think of another way *comel je mummy*. So saya yang kreatif lagi inovatif (eceh puji diri sendiri je keje kau ye) menginvent scarf kecik, pakai kt dalam then pakai selendang. Hihi agak complicated kan, nak pakai tudung je pun rela bersusah payah membelit-belit dan mengpin. Kata vain!


Ok chiao.

4 comments:

Raihan Mahmood said...

yea, memang sgt vain! haha..
btw, muka 4th pic tu sgt nerd.. haha..

nana said...

saya pun suke tengok adamaya..
amani pun cute gile.

Adila said...

rehe: hahaa tulaah penuh henfon ngan gmbr vain. tak dop kijo sungguh laaa

nana: kaaan amani comel sngaat okeh! :)

si filantropi said...

adehh.. penat tgk gelfren i mcm ni... hahahaha.. anyway... u look so lovely laa dear....