A letter for my beloved-superb-awesome umi, Happy Birthday!
Umi,
Terima kasih untuk 22 tahun ini,
Atas jasa dan kasih sayang umi,
Keikhlasan umi mengasuh La,
Kesabaran umi dengan karenah La
Hanya tuhan yang mampu membalasnya
Umi,
Maafkan La,
kerana banyak sangat susahkan umi,
selalu degil tak dengar cakap umi,
tak buat yang umi suruh,
ya Allah banyaknya dosa La pada umi,
tak cium bau syurga anak yang derhaka,
Astaghfirullah,
ampunkan La ye umi
Umi tau tak,
nama Azizah sesuai sangat dengan umi,
sebab umi memang wanita yang mulia,
dan terima kasih umi,
sebab lahirkan kak long, abe, kak chik, ami dan sya,
Alhamdulillah,
La rasa macam orang paling bertuah di dunia,
sebab ada umi dan mereka semua
Umi,
duduk jauh dari umi La rasa sakit sangat,
sebab tak ada yang faham La macam umi faham,
tapi kan mi,
sesusah mana pun La kat sini,
La kuatkan juga hati ini,
sebab La tau umi sangat bangga dengan La,
dan that's all that matter to me
dan terima kasih sekali lagi umi,
atas doa dan nasihat umi
Umi,
terima kasih yang tak terhingga
atas segala-galanya,
dan selamat hari lahir umi
semoga Allah sentiasa memberkati umi,
dan anak-anak umi
Friday, May 15, 2009
The love letter
Posted by Adila at 9:33 PM 3 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)